Ahad, 16 Januari 2011

kitaran hayat produk

Kitaran hayat produk
1)tahap pengenalan = pada tahap ini pertumbuhan jualan adalah sangat rendah sebab tidak ramai pengguna yang sedar akan kewujudan keluaran baru. Tambahan pula syarikat tidak memperolehi  keuntungan tetapi mengalami kerugian. Ini kerana jualan yang sangat rendah tetapi perbelanjaan adalah sangat tinggi. Memandangkan jualan yang rendah dan perbelanjaan yang sangat tinggi maka aliran tunai adalah negative dan juga mengalami pertumbuhan untung yang banyak.
2)tahap pertumbuhan=pada tahap ini keluaran telah mencapai keberkesanan sebab ramai pengguna telah sedar akan kewujudan produk itu dan mula menerima produk itu. Pada masa itu, boleh dikatakan bahawa jualan akan meningkat dengan cepat dan kos perbelanjaaan telah mula turun sebab kos promosi berkurangan dan kos untuk melatih pekerja juga berkurang, dengan ini, kita boleh menyatakan bahawa jualan akan meningkat dengan kadar yang cepat dan tempoh penerimaan produk oleh pasaran juga sangat cepat syarikat telah mendapatkan keuntungan yang banyak dan aliran tunai dalam syarikat bertambah dan tidak mengalami negatif lagi.
3)tahap kematangan= pada tahap ini pertumbuhan jualan adalah pada kadar berkurangan sehingga pada tahap tepu kerana persaingan –persaingan telah masuk kepasaran oleh sebab itu, keuntungan mula menurun dan mungkin juga mengalami kerugian. Ini kerana syarikat hendak berusaha untuk bersaing dengan syarikat lain yang berkobar-kobar untuk memasuki pasaran itu sebab produk itu membawa keuntungan.
4)tahap kemerosotan= pada tahap ini pengurus sesebuah syarikat harus menolak produk yang kitaran hayatnya adalah tamat. Ini kerana jika pengurus tidak menamat pengeluarannya.mereka akan mengalami kerugiaan yang besar sebab barangan yang dikeluarkan tidak lagi mempunyai permintaaan. Dengan ini, kita boleh menyatakan hayat produk sudah tamat. Pengurus harus menciptakan produk yang baru lagi.